Connect with:




Anda peminat gusti profesional? Ingin melihat aksi-aksi hebat, lasak dan menarik dipersembahkan secara langsung didepan mata anda? Kami ada berita baik buat anda!

 

Setelah kejayaan acara MyPW Resurgence yang lepas, Malaysia Pro Wrestling kembali lagi dengan acara terbaru mereka MyPW Mall Brawl pada 8 & 9 September ini. Paling menarik, buat julung-julung kalinya acara gusti profesional akan diadakan di dalam pusat membeli belah Paradigm Mall KL selama dua hari berturut-turut.

Seperti di Resurgence, acara kali ini turut di barisi ahli gusti dari negara jiran Singapura seperti KAL yang akan berentap bersama Daryl Wong dari Malaysia untuk merebut tali pinggang kejuaraan MyPW Undisputed.

Nama-nama lain seperti Phoenix, Luna, The Kid, Mad Scholar, Aziq Blade antaranya juga bakal beraksi menentang lawan masing-masing.

Selain pada itu, peminat gusti yang ingin merasai pengalaman menjadi ahli gusti juga boleh hadir untuk ‘tryout’ yang akan diadakan pada sebelah pagi.

Tiket berharga RM30 untuk satu hari dan RM50 untuk dua hari sudah mula dijual. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi laman facebook dan instagram ‘Malaysia Pro Wrestling’ dan fanatik gusti tempatan ‘Lalang Squad’.