Connect with:




Perenang Jepun, Rikako Ikee menjadi atlet wanita pertama yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) di Sukan Asia pada hari Ahad selepas remaja itu memenangi enam pingat emas secara keseluruhan di kolam renang Jakarta.

Sebelum ini, hanya penembak Korea Utara, So Gin-man, yang berjaya memenangi tujuh pingat emas dan satu pingat perak di Sukan Asia New Delhi pada tahun 1982, tetapi Ikee yang berusia 18 tahun itu juga berjaya memenangi dua pingat perak untuk menyamai rekod sebanyak lapan pingat.

Dalam pada itu, Majlis Olimpik Asia menentukannya dalam mesyuarat dengan memilih Ikee, yang memenangi pingat emas paling banyak untuk dianugerahkan sebagai pemain paling berharga.

“Saya pernah mendengar bahawa buat sementara waktu tidak ada anugerah MVP dan saya berasa sangat sedih tentang perkara itu, tetapi ada penilaian semula dan saya amat berbesar hati dapat menerima anugerah yang berharga ity,” kata Ikee yang menerima hadiah bernilai $ 50,000.

“Sebenarnya selepas perlawanan, saya terus kembali ke Jepun, saya tidak fikir saya terpaksa kembali ke Indonesia sekali lagi, dan pastinya tempat ini mempunyai kenangan yang sangat bermakna.”

“Saya akan berusaha dengan lebih keras untuk memastikan saya dapat melakukan yang terbaik di Olimpik 2020 iaitu di negara saya sendiri.”

Foto Kredit: SwimSwam