Kehebatan Thailand masih lagi terbukti apabila mudah menundukkan skuad negara pada pentas akhir Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Hyderabad, India hujung minggu lalu.

Anak buah Abdul Talib Ahmad gagal dalam pertarungan dua set itu tidak mampu mengekalkan pencapaian yang pernah mereka kecapi pada Siri Super Istaf di Melaka dua tahun lalu.

Namun, kekuatan yang dimiliki skuad negara harus dipuji. Pujian kepada trio lelaki negara dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Hanapiah Dolah (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) kerana telah memberi saingan yang baik buat psukan lawan.

Set pertama menyaksikan Malaysia tewas nipis 19-21 dan di set kedua berakhir dengan Malaysia 21-23 Thailand.

 

Sepertimana yang kita tahu,sukan Sepak Takraw adalah salah satu sukan yang paling popular di rantau ini yang didominasi oleh negara Thailand dan Malaysia.

Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (International Sepak Takraw Federation atau ISTAF) yang ditubuhkan pada  tahun 1988 telah berusaha keras untuk mempromosikan sukan ini ke seluruh pelusuk dunia?

Hasilnya sukan ini perlu dimainkan di sekurang-kurang 50 buah negara di dunia.

Berikut merupakan ahli kepada komuniti Takraw antarabangsa:

 

Persatuan Takraw Australia

Tahun penubuhan: 1991

Kedudukan terkini dunia: 23

Pada tahun 1991 Sepak Takraw telah diperkenalkan dan  dipertandingkan di Australia.  Perkembangan sukan meningkat mendadak dan Australia sering bertanding secara konsisten di kejohanan-kejohanan antarabangsa termasuk King’s Cup dan Kejohanan Sepak Takraw ISTAF’s World Cup pada tahun 2012. Ramai juga pemain yang dihantar ke Malaysia dan Thailand untuk berlatih.

Persatuan Takraw Kanada

Tahun penubuhan: 1993

Kedudukan terkini dunia: Tidak tersenarai

Sebut Sepak Takraw di Kanada, nama Rick Engel tentu sekali akan muncul sebagai perintis utama dan individu yang mempromosi sukan ini. Engel mula mempromosi Takraw pada tahun 1993 dan membentuk Persatuan Sepak Takraw Kanada (Sepak Takraw Association of Canada atau STAC) pada tahun 1998. Sebagai seorang pemain yang sangat berbakat, Engel juga mewakili Kanada selama bertahun-tahun.

Foto Kredit : Redbull

Persatuan Takraw Jerman

Tahun penubuhan: 90’an

Kedudukan terkini dunia: 14

Daripada hanya sebilangan pemain di universiti Cologne pada awal 90’an, sekarang terdapat tujuh kelab Sepak Takraw di Jerman. Pada tahun 2002, kejohanan Sepak Takraw yang diberi nama agak pelik Chicken’s Cup ditubuhkan, dan kejohanan itu telah banyak membantu memberi pendedahan terhadap sukan ini, malah berjaya menarik pasukan-pasukan dari Malaysia, Iran dan banyak negara Eropah termasuk Perancis, Belgium dan Switzerland untuk bertanding. Percapaian terbaik Jerman setakat ini ialah memenangi pingat emas di Kejohanan Sepak Takraw King’s Cup untuk acara beregu lelaki Divisyen II.

Persatuan Takraw Amerika Syarikat

Tahun penubuhan: 1996

Kedudukan terkini dunia: 10

Ianya bermula di California apabila sekumpulan kecil pemain menubuhkan Persatuan Takraw Amerika Syarikat pada tahun 1996 setelah sukan ini mendapat liputan meluas di pelbagai media, termasuk Sports Illustrated, MTV dan CNN. Dengan keahlian kurang 10 orang, mereka bertungkus lumus mempromosi dan mentadbir sukan ini. Dan semenjak itu, Amerika telah muncul sebagai salah sebuah pasukan Takraw bukan Asia yang terbaik di dunia. Otai mereka ialah Tony Ontam yang telah meneraju kumpulan beregu lelaki dan menjulang kejayaan di Kejohanan Sepak Takraw King’s Cup (Divisyen II) yang berprestij pada tahun lepas.

Persatuan Takraw Perancis

Tahun penubuhan: 2003

Kedudukan terkini dunia: 18

Ianya bermula pada tahun 2003, apabila warganegara Perancis yang telah lama menetap di Asia membentukkan asas dalam penubuhan Persatuan Francaise de Sepak Takraw. Ia telah menjadi salah satu persatuan Takraw paling aktif di Eropah, bekerja mantap bersama dengan ISTAF untuk mempromosikan sukan ini di rantau itu dengan matlamat untuk ke sukan Olimpik. Pasukan kebangsaan Perancis sendiri telah aktif di persada antarabangsa, manakala Open de France merupakan salah satu kejohanan terbesar di Eropah.

Foto Kredit : Facebook (ISTAF SuperSeries)