Pencinta larian akan menikmati penambahan trek sepanjang 10 kilometer (km), membolehkan mereka untuk menguji kecergasan mereka pada tahap yang lebih tinggi pada acara larian The Music run oleh AIA yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 November.

Sejak julung kalinya menganjurkan acara ini di Kuala Lumpur pada tahun 2014, lebih dari 200,000 pelari telah mengambil bahagian dalam 25 acara di 12 buah negara, dari Malaysia ke Afrika Selatan.

Seramai 20,000 peserta telah menyertai acara larian yang merangkumi trek sepanjang 5 km di Litar Antarabangsa Sepang, tahun lepas.

Ketua pegawai pemasaran AIA, Eric Chang berkata bahawa The Music Run merupakan peluang yang baik bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa senaman juga merupakan sesuatu yang menyeronokkan dalam menjalani hidup yang sihat.

“Tidak kira sama ada anda berjalan, berlari atau menari melalui trek – setiap langkah penting dalam membuat perubahan positif.

“Dengan penambahan trek 10km yang baru, kami berharap ia dapat menggalakkan peserta yang telah menyertai pada tahun-tahun sebelum untuk mencabar diri mereka dalam menjalankan jarak yang lebih jauh,” katanya.

Twitter (The Music Run)