Connect with:




Kecederaan pinggul yang ditimpa Andy Murray pada suku akhir Wimbledon telah menyebabkannya terpaksa berehat buat tahun ini.

Murray yang tidak bermain sejak Julai lalu, setelah dia tumpas di tangan Sam Querrey pada kejohanan tersebut.

Kecederaan yang dialaminya telah menyebabkan dia terlepas aksi Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Murray terpaksa melepaskan ranking No. 1 dunia akibat kecederaan bakal membuat kemunculan pada pertandingan tenis di Brisbane yang bakal bermula pada tahun depan.

Kini, Murray lebih berhati-hati dan mula mengorak langkah dalam mencapai kecerdasan yang tepat baginya untuk bertanding semula.

Murray tidak bersungguh untuk mengejar gelaran Grand Slam sebaik kembali beraksi di atas gelanggang nanti.

Ranking Murray kini jatuh diluar kelompok 10 terbaik dunia buat kali pertama dalam satu dekad, tetapi pemain berusia 30 tahun itu yakin dia masih mampu memberikan impak pada Grand Slam sebaik kembali mendapatkan rentak permainannya. – AFP

Foto Kredit : Sky Sport