Connect with:




Muhamamd Ikhmal Basry mendahului pusingan ke-2 kategori lelaki TSM Golf Challenge ke-11 bertempat di TPC Kuala Lumpur.

Pemain berpusat di Kuala Lumpur yang juga sebahagian daripada Pasukan Malaysia untuk Sukan Asia yang akan datang mendahului pusingan ke-2 untuk par 71 dengan jumlahnya 144.

Ikhmal Basry mengulas kejayaannya pada hari ini, “Saya mempunyai pukulan yang baik dan meletakan bola ke dalam lubang dengan sangat baik. Semoga saya mendapat pusingan yang lebih baik pada hari esok,” jelasnya.

Pemain Persatuan Golf Malaysia (MGA), Rhaasrikanesh Kanavathi, Aqil Afiq dan Zia Iqmal mempunyai jumlah skor yang sama untuk berkongsi tempat kedua untuk jumlah keseluruhan lima di bawah par sebanyak 147.

“Ia adalah hebat untuk dapat pukulan di bawah par pada kejohanan ini. Kejohanan ini mungkin agak singkat tetapi beberapa susun atur membuatkan ia agak sukar. Saya harap saya dapat membuat pukulan yang baik lagi babak di pusingan akhir,” kata Rhaasrikanesh Kanavathi.

Penganjuran TSM Charity Golf telah dipersetujui oleh MGA, TSM Golf Challenge ke-11 adalah kejohanan utama yang mengumpulkan pemain amatur dalam kalangan pemain junior yang terbaik di Malaysia.

Kejohanan ini tersenarai dalam Peringkat Golf Amatur Dunia (WAGR) sejak tahun 2006, di mana ia berjaya menarik sejumlah besar peserta setiap tahun bagi bersaing untuk mendapat kejuaraan kejohanan ini.

Tahun ini, sejumlah 84 pemain telah mengambil bahagian dalam kejohanan iaitu seramai 56 lelaki dan 28 perempuan.

Manakala pemain golf junior peringkat nasional, Winnie Ng kekal sebagai pendahulu kategori wanita dengan dua di bawah par dengan 69 dalam pusingan kedua untuk menjadikan jumlah keseluruhan 3 di bawah par 139.

Winnie mengulas mengenai prestasinya hari ini, “Saya mempunyai beberapa lubang yang tidak menjadi tetapi nasib baik saya kembali dengan 4 birdie hari ini,” jelasnya.

Ashley Goh dari Johor mendapat kelebihan dua pukulan dan berada di tempat kedua selepas bermain satu di bawah par 70. Zulaikah Nurziana mengatasi beberapa pemain untuk menduduki tempat ketiga untuk hari ini apabila semalam beliau hanya mempunyai satu di bawah par 70 dan hari ini beliau berjaya mendapatkan empat di bawah par 146.

Liyana Dursic kekal di tempat keempat selepas melepasi tiga di bawah par 74 untuk lima di bawah par 147 untuk hari kedua.

Esok bakal menyaksikan seramai 60 pemain yang bakal berentap di pusingan akhir. Kebanyakkan yang mendahului kejohanan adalah dari pemain kebangsaan.

Pengarah Kejohanan, Azmi Jusoh berkata esok akan menjadi perlawanan yang menarik kerana kejohanan di TPC Kuala Lumpur sentiasa dalam keadaan yang luar biasa dan dia berharap esok bakal menjadi perlawanan yang sangat menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bambang di 6017-2583826 dari MGA.