Connect with:




Muangthong United berjaya mencatat kemenangan selesa 5-2 ke atas wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia di Stadium Supachalasai, Bangkok, semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Muangthong United tampak lebih selesa mengawal perlawanan dan berjaya memanfaatkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh pasukan JDT. Dalam masa 30 mnit awal JDT sudah ketinggalan 3-0 kepada tuan rumah.

3 gol mendahului pasukan lawan pada separuh masa kedua ternyata belum cukup untuk mereka terus menambah gol dan mereka berjaya menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua.

Lima gol berjaya dijaringkan oleh Sarach Yooyen minit ke-7, Tristan Do minit ke-21, Heberty Fernandes de Andrade minit ke-29(P) dan minit ke-63 dan Theerathon Burnmathan minit ke-56.

Dua gol saguhati berjaya dijaringkan oleh Jorge Pereyra Diaz pada masa kecederaan namun sudah terlambat untuk menafikan kemenangan besar Muangthong United.

Kemenangan Skuad bimbingan Sripan Totchtawan ini membolehkan mereka layak ke peringkat play-off dan akan bertemu kelab Jepun, Kashiwa Reysol.

 

Foto Kredit : FB Muangthong United FC.