Connect with:




Masa depan Romelu Lukaku kian pudar bersama Manchester United walaupun prestasi beliau semakin meningkat setelah United bercadang untuk menukarkannya untuk mendapatkan penyerang Inter Milan, Mauro Icardi.

Dalam laporan The Sun, Lukaku berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga berjaya menjaringkan empat gol dalam dua penampilan terakhirnya, walau bagaimanapun United dijangka untuk melepaskannya untuk Icardi.

Sementara itu, Inter Milan turut menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain Belgium berusia 25 tahun itu dan berharap hubungan mereka bersama Icardi berakhir.

Icardi tidak bermain bersama kelab Itali itu sejak 9 Februari lalu, serta kedudukan sebagai kapten pasukan telah dilucutkan selepas berlaku pertikaian membabitkan isterinya dan agen, Wanda Nara.

Selain United, Chelsea salah satu pasukan yang turut berminat untuk mendapatkan Icardi tetapi United dilihat berkelebihan untuk menjadi pilihan pemain kelahiran Argentina itu.

Lukaku tiba di United dengan yuran perpindahan sebanyak 75 juta pound pada musim panas 2017 dan telah menjaringkan 28 gol dalam 60 penampilan Liga Perdana Inggeris bersama United.

Manakala Icardi yang menyertai Inter dari Sampdoria pada bulan Julai 2013 telah berjaya menjaringkan 100 gol dalam 157 penampilan Serie A bersama Inter. – Daily.co.uk