Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Gan Ping Sieu merasmikan MSTGE ’12

 

MINES Event Sdn Bhd akan menganjurkan pameran “Malaysia Sports Trade and Golf Expo 2012 (MSTGE ’12)” selama empat hari yang bermula dari 25 hingga 28 Oktober nanti bertempat di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), MINES Resort City, Seri Kembangan.

Pameran ini disokong dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Unicom Event bersempena dengan dengan Tahun Industri Sukan 2011/2012, iaitu inisiatif KBS untuk menggerakkan pemain-pemain dalam industri berkaitan sukan secara meluas.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Gan Ping Sieu dalam ucapan perasmian menjangkakan sambutan lebih meriah pada tahun ini dengan kehadiran lebih 30 ribu pengunjung, meningkat berbanding dua edisi sebelumnya.

Gan jangkakan lebih 30 ribu pengunjung akan hadir

 

Dianjurkan buat tahun ketiga berturut-turut, pameran MSTGE ’12 bertujuan menjadi platfom kepada syarikat-syarikat berkaitan industri sukan untuk mempromosi dan mempamer produk dan perkhidmatan mereka kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Selain dari pameran barangan dan perkhidmatan sukan, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan sepanjang empat hari penganjuran. Antaranya “Midnight Futsal’ dengan kerjasama Asian Football Confederation (AFC) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Gan bersama penaja, pengusaha dan penganjur acara sukan MSTGE ’12

 

Selain itu, pertandingan ‘National Dodgeball’ petingkat negeri akan turut diadakan.  Sementara itu, ‘Indoor Triathlon’ buat julung kalinya turut bakal dilangsungkan oleh Takasima, sebuah syarikat pengeluar peralatan kecergasan dan kesihatan terkemuka.

Indoor Battlefield Laser Tag dan ‘Wall Climbing’, bola keranjang 3 on 3 dan banyak sukan lain turut dianjurkan untuk memeriahkan pameran ini.