Connect with:




MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan Program Podium melalui proses penstrukturan semula secara holistik yang akan dikendalikan sepenuhnya Majlis Sukan Negara (MSN), berkuat kuasa awal tahun depan.

Menurutnya, kali ini pendekatan sistem berperingkat (tiering system) akan digunakan dan penetapan sasaran lebih mudah dilaksanakan.

Peringkat pertama tertumpu kepada sukan-sukan yang mempunyai penyertaan di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2020.

Peringkat kedua akan difokuskan kepada sukan yang memenangi pingat di Sukan Komanwel dan Sukan Asia serta sukan di Sukan Para Asia 2018 dan akan bertanding di temasya pada 2022.

Peringkat ketiga kepada sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Sea serta Para Asean 2019/2021.

Peringkat keempat pula akan memberi tumpuan sukan-sukan yang tidak dipertandingkan dalam mana-mana temasya, kelompok sukan itu akan diberi bantuan secara geran dan ianya bergantung kepada prestasi mereka di peringkat antarabangsa.

“Program ini akan diteruskan melangkaui tahun 2020. Pertengahan bulan depan, MSN akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan-persatuan sukan untuk memuktamadkan kontrak yang akan diberikan nanti dana saya sendiri akan mengetuai  dan memegang tanggungjawab ini supaya program berjalan lancar,” katanya.- BERNAMA.