Connect with:




Jenama Ms.Read sudah bertapak sejak 1997, menawarkan pakaian berkualiti dan menarik kepada wanita dengan saiz besar. Bagi golongan sebegini, mereka tidak perlu lagi risau untuk mencari pakain sukan yang selesa memandangkan kebanyakan jenama lain mengeluarkan produk mereka dengan saiz yang terhad.

MS.READ kini menjadi jenama utama untuk wanita ‘plus size’ dan ‘curvy’ sama ada dalam mahu pun luar negara. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan koleksi musim panas 2018 yang sememangnya menawarkan reka bentuk lebih menarik buat pengguna.

Salah satu segmen yang dikeluarkan dalam koleksi musim panas 2018 adalah segmen Activewear yang khas digunakan bagi tujuan aktiviti kecergasan.

Tidak kira anda bersenam untuk latihan luar, gimnasium, berlari, yoga dan sebagainya, MS.READ ada pakaian yang sesuai untuk anda. Dengan corak menarik dan harga berpatutan, MS.READ pasti akan menjadi jenama yang dekat di hati wanita di luar sana.

_________________________________

Baca artikel penuh di e-majalah Dunia Sukan secara percuma. Hanya perlu muat turun applikasi DUNIA SUKAN di peranti pintar anda dan jadi ahli komuniti DS tanpa sebarang bayaran! Selain dapat membaca e-majalah, anda juga boleh menggunakan baucar istimewa dari rakan-rakan strategi kami serta berpeluang memenangi hadiah menarik setiap bulan.

Bagi pengguna android, muat turun applikasi DUNIA SUKAN di sini.
Bagi pengguna Iphone, muat turun applikasi DUNIA SUKAN di sini.