Connect with:




Biarpun sudah mendapat kontrak tetap sehingga 2021, posisi Solari sebagai pengurus Real Madrid masih terus menjadi spekulasi. Lebih membimbangkan, tekanan jurulatih asal Argentina itu bertambah runcing selepas Los Blancos tewas ke atas Barcelona.

Dia mengambil alih peranan di Madrid, Oktober lalu bagi menggantikan Julen Lopetegui dan berjaya menunjukkan peningkatan tetapi tidak cukup untuk meneruskan kecemerlangan pasukan.

Dalam pada itu, ramai yang mempersoalkan kemampuan Solari selepas anak buahnya tewas dua kali dalam aksi Clasico kepada Barcelona membuatkan Solari berkemungkinan akan kehilangan jawatan musim hadapan.

Namun, sejak kebelakangan ini, bekas pengendali Manchester United, Jose Mourinho pula kembali dikaitkan dengan Real Madrid. Hal ini dapat dilihat apabila penyokong di Santiago Bernabeu menjerit namanya selepas kelab itu dibaham Barcelona baru-baru ini.

Bekas jurulatih Inter Milan itu juga tidak mempunyai masalah dan berasa disanjungi selepas dikaitkan sebagai calon bagi menggantikan Santiago Solari.

Malah, dia yang berkhidmat di Real Madrid 2010-2013 itu berjaya menghadiahkan beberapa kejuaaran seperti La Liga, Copa del Rey dan Supercopa de Espana tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Santiago Bernebeu.

“Ketika fans menjerit nama anda untuk kali kedua, itu menunjukkan mereka mahu melihat anda. Itu adalah suatu perasaan yang luar biasa.”

“Menyertai pasukan yang saya pernah bersama? Jika saya lihat ia kelab yang tepat, strukturnya bagus, impiannya baik, saya tiada masalah untuk bersama mereka.

“Adalah satu penghormatan besar sekiranya bekas kelab awak mahukan awak semula.

“Mereka adalah kelab yang besar, mereka ada 13 trofi Liga Juara-Juara,” katanya kepada beIN Sports.

Foto: Sccerladuma