SHAH ALAM : Alvaro Morata muncul sebagai wira Sepanyol apabila berjaya menjaringkan gol mengikat Colombia 2-2.

Pemain posisi penyerang itu beraksi dalam permainan persahabatan dan sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah di bawah kendalian Julen Lopetegui di Estadio La Condomina.

Skuad La Roja itu terlebih dahulu memintas pada minit ke-22 menerusi jaringan pemain pertengahan, David Silva.

Jaringan berlaku sebelum Edwin Cardona menyamakan kedudukan lima minit sebelum babak pertama tamat kerana kelekaan pertahanan pasukan Sepanyol

Radamel Falcao, penjaring terbanyak Colombia berjaya meledakkan gol ke-26 bersama skuad kebangsaannya apabila menggandakan kedudukan pada minit ke-55.

Sepanyol telah beraksi dalam sembilan perlawanan sejak Lopetegui mengambil alih tugas daripada Vicente del Bosque selepas Euro 2016 melakar enam kemenangan dan selebihnya seri.

Colombia kekal tanpa kalah dalam tujuh aksi persahabatan di Eropah di bawah kendalian Jose Pekermen.

Morata menanduk masuk gol penyamaan setelah menerima hantaran lintang daripada Saul Niguez ketika permainan berbaki tiga minit menuju tamat.