Manchester United hanya menunggu kata putus dari Real Madrid sama ada mahu melepaskan penyerang Alvaro morata atau tidak, kata ejen pemain sepanyol itu hari ni.

Kelab gergasi perdana Inggeris itu ditolak oleh Real melalui bidaan awal minggu lalu sebanyak 60 juta euro (RM286.04 juta).

Morata, 23, merancakkan suasana apabila memberi bayangan mahu menyertai United selepas mengikuti Instagram kelab berkenanan ahad lalu.

Malah ejen Morata, Juanma Lopez mengakui bahawa Old Trafford adalah pilihan yang menarik setakat ini.

“Manchester United? Mereka adalah kelab hebat dan penuh dengan glamor tetapi apa yang boleh saya boleh katakan, terpulang kepada Real untuk membuat keputusan.

“Saya tidak boleh kata (perjanjian hampir akan dimeterai), tetapi kita tunggu dan lihat,” kata Lopez.

Morata hanya beraksi dalam 14 perlawanan La Liga musim lalu dan Lopez minggu lalu mendedahkan, penyerang tersebut mahu mencari pasukan yang mampu memberikan peranan lebih besar kepadanya.