Chelsea akhirnya berjaya mengikat penyerang Sepanyol, Alvaro Morata dari Real Madrid dengan yuran perpindahan 80 juta euro (RM395.5 juta).

Kedua-dua kelab gergasi itu membuat pengumuman rasmi pada laman web masing-masing pada hari rabu.

Chelsea Football club dan Real Madrid bersetuju dengan perpindahan Alvaro Morata ke Stamford Bridge.

“Buat masa kini, kita sedang menunggu keputusan persetujuan kontrak peribadi dan kelulusan pemeriksaan kesihatan, kata Chelsea pada laman web rasmi mereka.

Real Madrid turut mengesahkan perpindahan itu pada laman rasmi mereka dengan mengucapkan terima kasih kepada pemain sepanyol itu sepanjang khidmatnya dari tempoh akademi sehingga ke skuad senior.

Menurut station radio Sepanyol, Cadena Ser, Chelsea menawarkan perpindahan £62 juta(RM346.4 juta) pada minggu lalu tetapi Real Madrid bersetuju dengan 80 million euros (RM395.5 juta).

Mengulas perpindahan ke Chelsea, Morata mengatakan bahawa dia gembira untuk berkhidmat di bawah kendalian Antonio Conte.

“Conte adalah jurulatih yang mahukan khidmat saya sebelum dipinjamkan ke Juventus, tetapi dia meninggalkan kelab tersebut sebelum ketibaan saya.

“Saya terhutang budi kepadanya kerana dia adalah jurulatih yang paling menginginkan saya, kata morata dalam sidang media.

Pada masa kini, Morata dijangka akan meninggalkan kem latihan Real Madrid di Amerika Syarikat secepat mungkin.