Rafael Nadal dan Novak Djokovic mempunyai peluang sama rata untuk merangkul kejuaraan Monte Carlo Masters 2019 selepas kedua-dua mereka berjaya melangkah ke peringkat suku akhir.
Pemain nombor satu dunia, Djokovic berjaya menewaskan lawannya dari Amerika Syarikat, Taylor Fritz dengan 6-3, 6-0 untuk bertemu dengan pemain ranking ke-14 dunia, Daniil Medvedev dari Russia dalam aksi merebut slot ke separuh akhir.
Sementara itu, juara bertahan, Nadal melangkah ke suku akhir apabila mudah menyingkirkan cabaran Grigor Dimitrov dari Bulgaria dengan keputusan 6-4, 6-1. Nadal akan bertemu dengan pemain ranking ke-35 dunia, Guido Pella di peringkat suku akhir.
Walaupun Nadal dilihat mempunyai kelebihan berdasarkan rekod kejuaraan Monte Carlo sebelum ini, namun itu tidak memberi gambaran bahawa Nadal akan terus menguasai Monte Carlo untuk tahun ini.
Berdasarkan rekod, Nadal telah merangkul kejuaraan Monte Carlo sebanyak 11 kali manakala Djokovic hanya menjuarai kejohanan itu sebanyak dua kali.
Mengikut rekod juga, mereka telah bertemu di final Monte Carlo sebanyak tiga kali. Nadal menang dua daripada tiga perlawanan tersebut. Nadal juga telah ke final kejohanan ini sebanyak 12 kali dan hanya gagal menjadi juara pada edisi 2013 selepas tewas kepada Djokovic.
Jika kedua-duanya layak ke final untuk tahun ini, pastinya akan menjanjikan satu pertembungan yang menarik selepas kedua-dua pemain berada di ranking pertama dan kedua dunia. Mari kita lihat rekod kedua-dua pemain di final Monte Carlo Masters.
2005 | Rafael Nadal | Guillermo Coria | 6–3, 6–1, 0–6, 7–5 |
2006 | Rafael Nadal | Roger Federer | 6–2, 6–7(2–7), 6–3, 7–6(7–5) |
2007 | Rafael Nadal | Roger Federer | 6–4, 6–4 |
2008 | Rafael Nadal | Roger Federer | 7–5, 7–5 |
2009 | Rafael Nadal | Novak Djokovic | 6–3, 2–6, 6–1 |
2010 | Rafael Nadal | Fernando Verdasco | 6–0, 6–1 |
2011 | Rafael Nadal | David Ferrer | 6–4, 7–5 |
2012 | Rafael Nadal | Novak Djokovic | 6–3, 6–1 |
2013 | Novak Djokovic | Rafael Nadal | 6–2, 7–6(7–1) |
2015 | Novak Djokovic | Tomáš Berdych | 7–5, 4–6, 6–3 |
2016 | Rafael Nadal | Gaël Monfils | 7–5, 5–7, 6–0 |
2017 | Rafael Nadal | Albert Ramos Viñolas | 6–1, 6–3 |
2018 | Rafael Nadal | Kei Nishikori | 6–3, 6–2 |
Sumber: Wikipedia
Foto: Sportskeeda