Mendahului saingan tujuh di bawah par 64 pada pusingan pertama golf Terbuka Itali di monza dengan berjaya melakukan sembilan birdie untuk kekal berada dalam senarai enam pemain buat juara bertahan, Francesco Molinari.

“Saya bermula dengan baik pada hari ini. Ia sesuatu yang hebat,” katanya.

Bagi pemain dari Afrika Selatan, George Coetzee pemain Korea Selatan, An Byeong-hun pula berada di kelompok kedua dengan catatan enam di bawah par.

Buat Kiradech, dia mendahului hampir keseluruhan aksi disebelah pagi dalam lubang pertama, tetapi dia gagal untuk melakukan par penting pada lubang ke-18.

Baginya, lapangan pada kali ini sesuai dengan cara permainannya.

Bjork juga menamatkan aksi dengan cemerlang ketika melakukan birdie pada lubang keenam, kelapan dan kesembilan.

“Saya berjaya beraksi dengan baik dan saya cukup gembira dengan prestasi di pusingan ini,” kata Bjork. -AFP

Foto Kredit: Gazetta