Connect with:




Mohamed Salah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Pemain Bola Sepak Professional (PFA) England, awal pagi tadi.

Salah muncul pemain dari Mesir pertama yang memenangi anugerah tersebut. Mesin gol Liverpool itu meraih anugerah selepas mempamerkan persembahan cemerlang musim ini apabila meledak 41 gol dalam semua perlawanan.

Salah juga menjadi watak penting dalam kemaraan Liverpool ke separuh akhir Liga Juara Juara dan menjamin tempat dalam kedudukan empat terbaik Liga Perdna Inggeris.

Pemain berusia 25 tahun itu menewaskan pemain lain seperti De Bruyne, Leroy Sane dan David Silva dari Manchester City.

Undian dilakukan oleh ahli PFA daripada 92 pasukan Liga Perdana dan Liga Bolasepak. -REUTERS

Sumber : Utusan Online

Foto Kredit : thesun(dot)co(dot)uk