Connect with:




Kapten skuad kebangsaan Croatia, Luka Modric mengenepikan cabaran bekas rakan sepasukan iaitu Cristiano Ronaldo untuk merangkul anugerah pemain terbaik dunia ‘FIFA Best 2018’ dalam satu majlis yang berlangsung di London awal pagi tadi.

Keputusan itu adalah berdasarkan undian panel yang terpilih dan pemain Real Madrid itu mencatatkan 29.05% undian berbanding Ronaldo 19.08 %. Bagi kategori wanita, anugerah ini menjadi milik pemain skuad kebangsaan Brazil dan Orlando Pride, Marta.

Berikut merupakan keputusan penuh untuk anugerah FIFA Best 2018 awal pagi tadi:

FIFA PUSKAS 2018: Mohamed Salah – (Liverpool vs Everton)

PENJAGA GOL TERBAIK: Thibaut Courtois (Real Madrid)

JURULATIH LELAKI TERBAIK: Didier Deschamps (Perancis)

JURULATIH WANITA TERBAIK: Reynald Pedros (Lyon)

ANUGERAH FAIR PLAY:Lennart Thy (VVV Venlo)

PENYOKONG TERBAIK: Penyokong Peru

KESEBELASAN UTAMA TERBAIK FIFA 2018:

https://twitter.com/Football__Tweet/status/1044311317534961664/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1044311317534961664&ref_url=https%3A%2F%2Fsemuanyabola.com%2Ffifa-best-2018-senarai-penuh-pemenang-luka-modric-terbaik-dunia%2F

Sumber : FIFA.com

Foto: Luka Modric