Connect with:




Mobile Legend : Bang Bang yang amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia bakal dipertandingkan di dalam kategori e-sukan pada Sukan SEA 2019 yang bakal dianjurkan di Manila, Filipina nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan e-sukan bakal menawarkan pingat di Sukan SEA Filipina 2019, manakala laporan Philippines Daily Inquirer melaporkan e-sukan dijangka menawarkan tiga emas di Sukan SEA edisi ke-30 itu yang berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember.

Inilah masanya untuk anda membuktikan kepada ibu bapa, rakan-rakan, awek, atuk serta nenek anda bahawa bermain game di telefon pintar bukanlah satu kerja sia-sia. Jadi anda perlu bersiap siaga bermula hari ini agar anda terpilih untuk mewakili Malaysia dan membawa pulang pingat dalam kejohanan sukan dwitahunan itu. Pasti mak ayah anda akan berbangga, silap-silap siap buat kenduri lagi.

Persediaan rapi perlu dilakukan bukan sekadar dari segi fizikal, mental dan latihan sahaja, anda juga perlu telefon pintar yang sesuai bagi memastikan kepantasan, kecekapan dan keselesaan anada ketika bermain Mobile Legend tidak terganggu.

Terdapat sedikit tips yang dapat kami kongsikan yang perlu dititikberatkan supaya anda berjaya menjumpai telefon pintar terbaik.

  • Skrin Perlu Besar

Skrin yang besar dan luas memberikan kaki gamer kelebihan kerana dapat lihat dengan lebih jelas dan banyak aksi yang sedang berlaku. Tidaklah mata akan terkebil-kebil keliru di mana lokasi karakter anda.

Cadangan yang sesuai dengan saiz skrin sebesar 6.3 inci sudah memadai, sebagai contoh anda boleh menggunakan Huawei Nova 3 dengan paparan Full HD 2340 x 1080, 409 PPI yang dapat memberikan kepuasan bermain apa jua jenis game. Ia lebih jelas dan terang bila anda berlatih bermain Mobile Legend menggunakan telefon pintar ini. Untuk mendapatkan kepuasan yang maksima, ada juga pilihan untuk menyembunyikan takuk pada bahagian atas telefon ini. Hebat sungguh.

  • Spesifikasi Kena Pantas

Apa guna tengah syok-syok main game tiba-tiba telefon anda buat hal? Tekan butang pun tidak memberi apa-apa respon. Tiba-tiba karakter anda dah mati. Pedih jiwa dibuatnya. Sebab itulah spesifikasi telefon pintar amat penting telefon pintar tersebut perlu mempunyai processor yang tinggi supata perkara seperti itu tidak berlaku.

Huawei Nova 3 menggunakan processor Kirin 970 dan mempunyai kepandaian AI yang memberikan 100% kepuasan kepada para pengguna. Malah telefon ini dilengkapi sokongan GPU Turbo yang meningkatkan pemprosesan grafik sehingga 60%. Jadi anda boleh bermain Mobile Legend dengan mutu permainan lebih lancar dan baik.

  • Bateri Kena Tahan Lama

Benda yang paling potong mood ketika bermain game ialah apabila bateri habis dan terpaksa mencari pengecas. Selang setengah jam kena cas lagi, bila cas mengambil masa yang lama untuk memastikan bateri penuh. Agak stres dibuatnya.

Untuk mendapatkan bateri bertahan lama, anda boleh mencari telefon pintar dengan bateri 3,750 mAh. Ia mampu bertahan selama 5 hingga 6 jam sepanjang masa dan telefon yang mempunyai teknologi kepantansan pengecasan untuk memastikan anda tidak membazir masa untuk menunggu telefon pintar anda berjam-jam ditepi suis.

  • Tetapkan Target Dan Komitmen Anda

Selain daripada kelebihan telefon pintar anda juga perlu menentapkan target dan komitmen anda. Seperti yang semua tahu, gamer sentiasa dipadang sebelah mata oleh masyarakat tetapi ia bukan bererti anda perlu mengubah hasrat anda. Langkah permulaan yang anda perlu lakukan adalah sentiasa berkomitmen dalam merancang perancangan ke depan, tanpa meninggalkan tanggungjawab anda yang lain.

  • Menjadi Pemain Yang Baik Untuk Pasukan

Walaupun anda sudah memiliki reputasi tinggi, jika anda tidak mampu menjaga hubungan yang baik bersama rakan pasukan lain, maka anda masih belum mampu menjadi seorang pemain profesional di e-sukan. Salah satu sikap seorang gamer yang menjadi pilihan dari sebuah organisasi adalah bagaimana anda melakukan hubungan kerjasama yang baik dalam sebuah pasukan.

Memiliki sifat berkemahiran, komunikas, dan toleransi adalah sangat penting. Sifat tersebut tidaklah dapat segera dimiliki, namun tidak ada kata terlambat dalam mengubah diri. Pilihan yang ada hanyalah berubah sekarang atau bila lagi.

Ayuh daftar sekarang!

Pemilihan ini dibuat secara berperingkat bermula dari Peringkat Negeri, Peringkat Kebangsaan (final) dan juga bootcamp. 

Terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan ini, pasukan/ pemain akan mara ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kebangsaan yang juga final bagi pemilihan ini.

Dari segi format, peringkat negeri akan dibuat online dan offline hanya dibuat untuk final saja.

Program Pembangunan E-Sukan peringkat nasional menerusi Boot Camp yang diperkenalkan KBS dan MSN menyaksikan pemain akan digilap bakat mereka sebagai persiapan akhir sebelum ke sana.

Di laman web esportsmalaysia.org, anda boleh mula mendaftar pasukan masing-masing untuk mewakili negara! Untuk mendaftar, KLIK pautan di bawah:

Dota 2: Daftar sini

Mobile Legends: Daftar sini

Starcraft II: Daftar sini

Arena of Valor (AOV): Daftar sini

Tekken 7: Daftar sini