Connect with:




 

Baru-baru ini timbul kekecohan yang mengatakan bahawa pemain Mesir, Mohamed Salah perselisihan faham dengan Persatuan Bola Sepak Mesir dan pemain tumpuan dunia ini akan bersara dari mewakili skuad kebangsaan.

Namun khabar amgin itu telah disangkalkan oleh pasukan bola sepak Mesir dengan mengatakan bahawa pemain ini gembira bersama skuad Mesir ketika ini di Russia.

Ini susulan gambar Mo Salah dikaitkan dengan pemimpin politik, Kadyrov dalam satu isu propaganda poliltik Mesir.

Mesir kini dalam persedian perlawanan terakhir peringkat kumpulan A yang akan menentang Arab Saudi bagi menentukan siapa yang akan pulang tanpa seberang mata. Ini kerana kedua-dua pasukan sudah tersingkir dari saingan Piala Dunia apabila tewas dalam dua perlawanan awal baru-baru ini.

Foto Kredit : EFA eg