The Malaysian Invasion Spirit in Motion (MISIM) musim kedua bakal menjadi lebih besar, berani dan agresif apabila menjadi salah satu pemangkin dalam arena sukan negara ini.

MISIM juga memberikan liputan yang meluas tentang kebolehan dan juga kelebihan yang dimiliki oleh setiap atlet paralimik dalam negara.

Selain itu, MISIM akan melipatgandakan usaha mereka pada musim kedua ini dengan penambahbaikan terhadap sukan berbasikal dan juga liputan mengenai temasya Sukan Para ASEAN 2017.

MISIM musim lalu hanya menganjurkan pencarian bakat di seluruh negara bagi mencari bakat-bakat baru yang mempunyai potensi tinggi.

Ketika musim pertama juga MISIM telah membuat liputan tentang intensif dan juga konsistennya atlet paralimpik.

MISIM, merupakan salah satu gerakan utama yang telah berjaya menyingkirkan prejudis, diskriminasi, dan mengubah segala persepsi masyarakat terhadap atlet paralimpik.

Kesemua atlet paralimpik negara kita berjaya menunjukkan keberanian dan juga kesungguhan mereka dalam pelbagai sukan, untuk mengibarkan Jalur Gemilang di persada dunia terutamnya dalam Temasya Sukan Paralimpik RIO 2016.

TV MISIM bakal ditayangkan di saluran TV1 bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia dapat mengikuti perkembangan kontinjen atlet paralimpik 2017 ketika beraksi di Sukan Para Asean ke-9.

Saluran tersebut juga turut mendedahkan tentang bakat-bakat baru dalam arena sukan paralimpik dan berkemungkinan besar mampu menggegarkan negara dengan menjadi juara dunia kelak.