Logo rasmi AFC Asian Cup 2015

 

Malaysia bakal menentang 3 negara Arab dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Australia selepas diundi bersama Qatar, Bahrain dan Yemen dalam kumpulan D.

Diatas kertas, Malaysia mempunyai peluang yang seimbang jika melihat berdasarkan prestasi Yemen (ranking ke-157 dunia) dan Bahrain (115) yang tidak jauh bezanya dengan pasukan negara. Cuma tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar yang berada di ranking ke-101 dunia  dilihat menjadi ancaman utama dalam kumpulan D ini.

Sebanyak 20 pasukan dari benua Asia akan mengambil bahagian pada pusingan kelayakan ini yang dijadualkan berlangsung pada 6 Februari 2013 hingga 5 Mac 2014.

Juara dan naib juara setiap kumpulan ini serta 1 pasukan tempat ketiga terbaik akan menjadi 11 pasukan yang layak beraksi di pusingan akhir. Menyertai 11 pasukan ini di Australia nanti adalah 5 pasukan lain iaitu Jepun sebagai juara bertahan, Korea Selatan (tempat ke-3 Piala Asia 2011), Australia (tuan rumah), Korea Utara (juara AFC Challange Cup 2012) serta pemenang kejuaraan AFC Challange Cup 2014.

Pada pusingan kelayakan edisi 2011, Malaysia diundi bersama Uzbekistan dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) dimana anak buah Rajagobal menghuni tangga tercorot dalam kumpulan tersebut.

Majlis pengundian yang diadakan di Australia ini turut memperkenalkan logo rasmi kejohanan yang akan berlangsung 4 hingga 26 Januari 2015 ini serta 4 venue terpilih iaitu Melbourne, Sydney, Brisbane dan Canberra.

Berikut merupakan undian kelayakan Piala Asia 2015:

Kumpulan A: Jordan, Syria, Oman, Singapore

Kumpulan B: Iran, Kuwait, Thailand, Lubnan

Kumpulan C: Iraq, Arab Saudi, China, Indonesia

Kumpulan D: Qatar, Bahrain, Yemen, MALAYSIA

Kumpulan E: Uzbekistan, UAE, Vietnam, Hong Kong