Harimau Malaya perlu bangkit menentang Hong Kong dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hong Kong pada malam ini.

Tonggak pertahanan skuad kebangsaan, Shahrom Kalam menjanjikan Hong Kong tidak akan melepasi benteng terakhir skuad Harimau Malaya pada aksi kali ini.

Skuad Kebangsaan perlu menang malam ini kerana pada perlawanan yang lepas di Stadium Hang Jebat mereka hanya terikat 1-1 menentang Hong Kong.

Harimau Malaya setakat ini hanya mengumpul satu mata dalam Kumpulan B pada perlawanan lepas.

Sementara itu, Hong Kong menurunkan kesebelasan baharu mereka, yakin untuk membawa pulang mata penuh pada malam ini.

Harimau Malaya perlu fokus dan berusaha keras kerana mereka perlu turun dan wajib menang pada perlawanan ini.

Jurulatih, Nelo Vingada itu berdepan tekanan yang tinggi kerana target menang pada perlawanan ini adalah tinggi dan dia menegaskan bahawa anak buahnya dalam keadaan baik untuk perlawanan malam ini.

Foto Kredit: Asiana.MY