Kisah mengenai atlet kebangsaan lompat kijang wanita, Noor Shahidatun Nadia antara yang terkandung dalam majalah Dunia Sukan edisi Mei 2017. Berikut antara beberapa perkara menarik mengenai atlet ini untuk dikongsikan bersama anda.

1) Nama penuhnya ialah Noor Shahidatun Nadia Mohamad Zuki tetapi lebih dikenali dengan panggilan Kakya.

2) Memenangi emas MSSM selama 4 tahun berturut-turut dari tingkatan dua hingga tingkatan lima.

3) Meraih pingat emas lima tahun berturut-turut di pertandingan Asean School Games Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

4) Kakya sangat terkenal di laman instagramnya dengan loghat utaranya. Sering kali video beliau bersama pasangan pelari pecut kembar, Zaidatul Husniah dan Zaidatul Husna menjadi tumpuan ramai.

5) Adik beradik Nadia juga turut aktif dalam sukan olahraga. Adiknya, Luqman Zuki merupakan pemegang rekod SUKMA daam acara dekatlon.

————–

Banyak lagi kisah menarik mengenai Nadia yang boleh dibaca dalam majalah Dunia Sukan edisi Mei 2017. Anda juga boleh memenangi peraduan dengan hadiah utama RM 3000 menerusi Peraduan Foto Dunia Sukan. Dapatkannya di Mynews, Borders, Kinokuniya, MPH, newsnow dan juga kedai-kedai buku terpilih. Hubungi kami di talian 0378325262 untuk pembelian dan langganan terus dari kami.