Connect with:




 

Cabaran atlet negara dalam misi pemburuan emas di Sukan Komanwel Gold Coast telah bermula pada hari ini sehingga 15 April ini.

Malaysia menyasarkan ingin berada dalam kelompok 10 negara terbaik selain memperbaharui pencapaian pingat pada edisi empat tahun lepas. Edisi lepas Malaysia berada di kedudukan ke-12 dengan pungutan 6 emas, 7 perak, dan 6 gangsa.

Sukan Badminton antara sukan yang menyumbang paling banyak pingat iaitu dengan 3 emas selain angkat berat, terjun dan skuasy masing-masing menyumbang 1 emas.

Jika dilihat prestasi dari semasa ke semasa atlet negara, skuad Malaysia dilihat mampu meraih banyak pingat dalam edisi kali ini. Sukan badminton, berbasikal trek, Terjun, skuasy dan angkat berat sekali lagi akan menjadi sandaran utama negara kali ini.

Acara yang melibatkan atlet Malaysia sepanjang kejohanan Komanwel berlangsung.

Olahraga pula dilihat mampu melakukan sesuatu di Sukan Komanwel ini dan mungkin akan ada kejutan dari atlet olahraga nanti.

Acara pembukaan Sukan Komanwel akan bermula pada pukul 4 petang (waktu Malaysia) dan atlet lompat kijang negara, Hakimi Ismail akan membawa bendera Malaysia.

Foto Kredit : pinterst(dot)com