Connect with:




Taruhan sebanyak tiga pingat emas yang ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk Sukan Komanwel di Gold Coast bakal menjadi misi paling sukar buat skuad kebangsaan dalam sejarah sukan badminton negara.

Menurut bekas pemain kebangsaan, Roslin Hasim, Malaysia sering menikmati jalan yang mudah dan menjadi salah satu pasukan kegemaran namun, masa telah berubah mengkut peredaran zaman.

Jelasnya, sejak penubuhan sukan badminton pada edisi 1966 di Kingston, Jamaica, Malaysia telah memenangi sebanyak 27 pingat emas sekaligus menjadi negara kedua paling berjaya di belakang England.

“Itu waktu dulu. Sekarang kita boleh pergi ke Sukan Komanwel dan balik dengan sekurang-kurangnya tiga pingat emas.

“ Mungkin sasaran tiga emas untuk kali ini adalah yang paling sukar untuk skuad kebangsaan,” kata Roslin, yang tidak pernah bermain dalam Sukan Komanwel.

“Sebelum ini, kita hampir mendapat pingat emas dari Lee Chong Wei dalam perseorangan lelaki, tetapi untuk kali ini amat sukar, dia akan dicabar oleh K. Srikanth dan H.S. Prannoy dari India.

“Dalam perseorangan wanita, saya tidak fikir kita mempunyai peluang untuk menentang India, tetapi ianya tidak mustahil,” tambah Roslin.

Terdahulu di Sukan Olimpik Glasgow Scotland, Malaysia memenangi tiga pingat emas menerusi beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan dalam acara berpasukan.

Kali ini, disebabkan kecederaan, Malaysia terpaksa bergantung pada kombinasi wanita beregu Vivian-Chow Mei Kuan.

Pemain lain dalam skuad itu ialah pemain tunggal wanita, Soniia Cheah, V Shem-Wee Kiong selaku pemain beregu lelaki, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Malaysia akan memulakan kempen Gold Cost  dalam acara pasukan campuran, di mana mereka berada dalam Group D bersama Kanada, Ghana dan Seychelles.

Foto Kredit: Real Buzz