Connect with:




Dua seteru hebat dalam Fomula One, Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel mensasarkan misi untuk memburu kemenangan kelima mereka dalam pasukan masing-masing.

Kemenangan ini diibaratkan sebagai ‘kepuasan maksimum’ apabila salah seorang dari mereka mencipta sejarah menjadi pemandu ketiga yang berjaya mencipta sejarah Formula One dalam meraih gelaran kelima.

Musim baru yang akan bermula hujung minggu ini di Grand Prix Australia menyaksikan Vettel dan Hamilton akan berdepan saingan sengit bagi memburu misi mereka.

Matlamat utama adalah untuk menjadi yang terbaik untuk menentang yang terbaik, “kata Hamilton.

“Dia mendapat empat gelaran dunia dan saya fikir ini adalah tahun yang menarik untuk peminat Formula 1, kerana kita mempunyai dua juara dunia empat kali untuk beraksi.”

Duduk bersama Hamilton, Vettel berkata: “Sekarang saya mencari kepuasan maksimum untuk merebut gelaran bersama Ferrari yang merupakan pasukan paling hebat dalam sejarah dan pasukan paling hebat di ‘paddock’. Itulah matlamat utama saya sekarang, untuk menang dengan Ferrari dan untuk menang dengan yang terbaik.

“ Lewis adalah seorang pesaing hebat. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menyekat impiannya dari tercapai,” katanya.

Mercedes, Red Bull atau Ferrari muncul juara?

Walaupun Mercedes memasuki musim baru dan menjadi pilihan sebagai juara selepas empat kejuaraan berturut-turut namun, berikutan ujian pramusim lalu, Ferrari dilihat dapat memberikan prestasi yang memberangsangkan dan Mercedes memilih untuk memandu menggunakan bahan api yang rendah.

Dalam pada itu, Red Bull bersedia untuk melakukan perubahan besar dengan meningkatkan ‘kuasa kuda’ dari enjin mereka

“Lewis dan Mercedes betul-betul menjadi pilihan,” kata Vettel.

“Tetapi kami mempunyai sebab tersendiri untuk terus yakin. Ferrari juga hebat dan kita ada banyak lagi aksi untuk tunjuk.”

“Berdasarkan ujian, kami berada dalam keadaan yang baik tetapi kami pasti boleh jadi lebih baik.”

Mercedes melengkapkan lebih banyak pusingan berbanding mana-mana pasukan lain dalam ujian namun, Arorows Silver amat berhati-hati dengan ancaman dari Redbull. Hamilton meramalkan akan ada “kejutan” dari bekas juara dunia itu.

Sehubungan itu, setiap pasukan hanya terhad kepada tiga enjin sahaja musim ini dan tahap daya saing Red Bull semakin memberangsangkan kuasa enjin (Renault) mereka lebih bagus berbanidng Mercedes dan Ferrari.

“Semoga kita berada dalam kelompok hadapan,” kata Ricciardo selaku pemandu Red Bull

“Saya benar-benar berharap apa yang diperkatakan Lewis itu betul dan mempunyai peluang untuk menang.”

Foto Kredit: PBA Online