Persatuan Badminton Malaysia(BAM) mengesahkan Datuk Misbun Sidek bakal kembali menjadi jurulatih perseorangan negara bermula bulan depan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, setakat ini Misbun telah bersetuju untuk menjadi juruatih perseorangan negara secara lisan.

Datuk Norza berkata, pihaknya akan menyediakan kontrak yang lebih terperinci kepada Datuk Misbun dalam masa terdekat.

Sementara itu, Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairul Amar Ayob diberi kepercayaan menjadi pembantu jurulatih.

Misbun banyak mengharumkan nama negara dengan pencapaian seperti dia Berjaya menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai jaguh dunia dan menjuarai pingat perak pertama di Sukan Olimpik Beijing tahun 2008.

Misbun bersama pasukan kejurulatihan akan memegang tanggungjawab melahirkan pemain berkualiti untuk mencapai sasaran juara Piala Thomas 2018.

Beliau secara rasmi akan memikul tugas tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri menjelang bulan Julai ini.

Misbun mengambil keputusan pada tahun 2011 untuk meninggalkan BAM atas perselisihan pendapat.

Tey Seu Bock pula akan memikul tugas selaku jurulatih perseorangan wanita yang akan dibantu oleh oleh Rony Agustinus manakala Cheah Soon Kit akan mengetuai beregu lelaki dan dibantu oleh Jeremy Gan dan Rosman Razak.