Selepas kejayaan Million Dollar Feet (MDF) musim pertama pada tahun 2016, kini program pencarian bakat muda bola sepak negara muncul buat kali kedua untuk tahun 2017.

Program ini bermatlamat untuk mencari pelapis dalam sukan bola sepak untuk diberi pendedahan dan pendidikan tentang bola sepak di luar negara.

Peluang yang diberi dapat membantu para pemenang untuk mengasah bakat mereka di akademi bola sepak di luar negara, Brooke House Football Academy, United Kingdom.

Pelancaran MDF 2.0 semalam dihadiri oleh Bekas pemain dan pengurus pasukan England, Sam Allardyce (Big Sam). Sidang media semalam juga dihadiri oleh pemain lagenda Liverpool dan ketua jurulatih MDF, Steve McMahon, Penganjur MDF, Peter De Kretser dan rakan penaja, BABA’S, Claudian Navin Stanislaus.
MDF 2.0 kali ini menampakkan kelainan apabila program ini melebarkan sayapnya dengan mencari bakat muda yang berumur 11 hingga 16 tahun. Malah MDF 2.0 kali ini menyasarkan lebih daripada 10,000 bakat muda untuk menyertai program ini.

Sehubungan dengan itu, MDF 2.0 melebarkan sayap pencarian ke serata negara. Peserta boleh menemui mereka di beberapa negeri di Malaysia, Penang ( 7-8 Oktober), Sarawak (13-14 Oktober), Kelantan (20-21 Oktober), Johor (27-28 Oktober), Kuala Lumpur (3-4 November) dan acara kemuncak pada 5 November di Kuala Lumpur.

“Kami mengharapkan lebih ramai bakat muda menyertai program ini. Kami menganggarkan lebih 2,000 peserta di setiap negeri menyertai program ini. Program secara percuma ini memberi peluang kepada peserta untuk mereka mempersembahkan bakat mereka sekaligus menjadi pemenang untuk MDF 2.0 kali ini”, kata Steve McMahon.

“MDF 2.0 adalah satu platform yang memberi peluang kepada pemenang untuk belaja dan berlatih di UK dibawah didikan jurulatih terkemuka dan jika prestasi mereka cemerlang, mereka mungkin akan terpilih untuk memasuki kelab-kelab besar di luar negara,”katanya.

MDf 2.0 kali ini menampilkan pelbagai penaja termasuk BABA’S, Brickfields Asia College (BAC), Etihad Airways, TGV Cinema, National Kidney Foundation, Anita, LAC Printing dan 100 Plus.