Connect with:




Peninju lagenda, Mike Tyson sememangnya seorang yang sentiasa yakin dengan kebolehan yang ada pada diri beliau.

Bekas juara heavyweight dunia itu menawarkan sekitar AS$ 10,000 (RM40, 865) kepada penjaga zoo agar membenarkan beliau berlawan dengan gorilla baka ‘silverback’.

Beliau mengimbas kembali kenangan lama apabila terfikir untuk berlawan dengan seekor haiwan untuk membuktikan kehebatannya.

Pada 1980-an, Tyson bersama bekas isterinya Robin Givens telah diberikan akses eksklusif ke Zoo New York.

“Sewaktu kami melawat kandang gorila, saya ternampak seekor yang besar sedang membuli kawan-kawannya.

“Dia kelihatan sangat gagah dan terus menawarkan RM40, 865 kepada penjaga zoo untuk membuka kandang supaya membolehkan saya berlawan dengan gorila itu. Namun penjaga zoo tersebut menolak tawaran saya,” ujar Tyson dalam Daily Star.co.uk.

Tyson bagaimanapun memberitahu bahawa dirinya adalah merupakan seorang pencinta haiwan. Untuk rekod, Tyson ada membela harimau dan beberapa haiwan lain.