Connect with:




 

Malaysia India Sport Council-Malaysia India Football Association (MISC-MIFA) mengancam untuk menarik diri dari meneruskan persaingan Liga Perdana 2018 berikutan kes denda sebanyak RM500,000 yang di keluarkan oleh Football Association of Malaysia (FAM).

MIFA yang menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang ditetapkan merasakan tindakan itu tidak setimpal dengan hukuman yang di kenakan apatah lagi sekarang MIFA juga sedang bergelut mencari penajaan.

Selain MIFA, Pulau Pinang juga berdepan saat getir jika hukuman itu dilaksanakan kerana mereka juga mempunyai masalah kewangan yang agak kronik.

MIFA kini berada di kedudukan ke-5 Liga Perdana selepas empat perlawanan yang berlangsung dan jika mereka benar-benar menarik diri dari saingan liga musim ini, pasti akan memberi kesan kepada yang lain terutama penyusunan kembali jadual perlawanan.

MIFA yang menjuarai Liga FAM pada 2016 di naikkan ke liga perdana pada tahun 2017dan tahun ini merupakan tahun kedua MIFA dalam saingan Liga.

Foto Kredit : FB Malaysian Indian Football Association