Connect with:




Anak bekas pelumba Formula 1(F1) iaitu Michael Schumacher, Mick Schumacher muncul juara keseluruhan Formula 3 (F3) Eropah musim ini setelah mendapat tempat kedua dalam perlumbaan di Hockenheim semalam.

Pelumba berusia 19 tahun itu telah mencatatkan podium buat kali ke-14 musim ini dan mencatatkan peningkatan memberangsangkan berbanding musim lepas dengan sekadar merekodkan tempat ke-12 keseluruhan.

“Jika beliau terus menunjukkan peningkatan memberansangkan musim ini, tidak mustahil beliau akan berada di Formula 1 suatu hari nanti,” ujar¬†Gerhard Berger, Presiden Kejohanan German Touring Car.

Mick dari pasukan Prema mencatatkan kelebihan 49 mata berbanding pencabar terdekat Dan Ticktum dari pasukan Red Bull Junior ditempat kedua.

Sumber: BBC news
Foto: Thewest