Pasukan Hoki Terengganu (THT) tidak mahu dipanggil pasukan pilihan berikutan daripada saingan yang pasti sengit untuk musim 2018 kerana import yang berkualiti bakal bermain dalam Liga Hoki Malaysia (MHL).

 

Jurulatihnya, Sarjit Singh mengatakan bahawa dengan lambakan pemain import bermain dalam MHL memerlukan dia lebih menjalani latihan yang keras buat anak buahnya.

 

Biarpun mereka mempunyai pemain ternama dari Arentina, Gonzalo Peillat, itu tidak menjamin mereka menjadi pasukan pilihan dalam MHL tahun hadapan.

 

Menurutnya lagi, pasukan yang akan memberi tamparan hebat buat pasukannya adalah Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dan Universiti Kuala Lumpur yang merupakan cabaran baharu mereka.

 

Hal ini kerana meraka mempunyai tonggak import yang berbisa dengan naluri untuk menjaring yang kuat.

 

Saingan bagi musim 2018 dijangka akan bermula dengan Piala Tan Sri P. Alagendra pada 3 hingga 7 Januari manakala aksi Piala Subangsih akan berlangsung pada 10 Januari.

 

Pasukan yang akan menyertai MHL tahun 2018 adalah THT, Maybank, UniKL, KLHC Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan TNB Thunderbolt.