Connect with:




Saingan Liga Malaysia bakal membuka tirai 1 Februari ini. Justeru, peminat bola sepak tempatan turut tidak melepaskan peluang merasai kehangatan perpindahan dan penghjirahan pemain ke kelab yang mereka sokong.

Pada hari ini, Malaysian Football League (MFL) telah memperkenalkan 24 pasukan daripada unifi Liga Super dan Liga Premier. Kita sudah sedia maklum, juara bertahan unifi Liga Super iaitu  Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi akan menyahut cabaran bagi mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali keenam bersama-sama kedah, PKNS FC, Selangor, Terengganu FC, Pahang, Perak, Melaka, PKNP FC, Kuala Lumpur dan dua pendatang baharu dari Liga Premier, Petaling Jaya FC dan Felda United FC.

Manakala di Liga Premier, kita akan menyaksikan keghairahan persaingan sengit antara JDT II, Kelantan, Negeri Sembilan, UiTM FC, UKM FC, PDRM, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu FC II bersama dua pasukan baharu Perlis dan Selangor United.

Keterujaan bola sepak tempatan turut disalingi dengan kemunculan logo baharu MFL yang tampak relevan dan berinovasi bersempena penjenamaan semula MFL yang sebelum ini dikenali sebagai Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Logo baharu ini dipilih sendiri oleh Pengerusi MFL, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mempunyai maksud dan cerita yang tersendiri.

1- Bentuk bulat

-Membawa maksud bola yang berbentuk bulat

2- Bentuk Segi enam

-Melambangkan kesemua pertandingan yang dianjurkan MFL  Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan Challenge Cup.

3-  Bentuk bulan sabit dan bintang

-Membawa maksud negara Malaysia

4-  Bentuk Kibaran Bendera

-Melambangkan kelangsungan dan sifat progresif yang akan dipacu oleh MFL.

Selain itu,  MFL turut melancarkan Aplikasi MFL yang menyediakan berita terkini, jadual perlawanan, keputusan, pembelian tiket, statistik perlawanan dan permainan ‘Football Manager Liga Malaysia’. Ianya boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan juga App Store bermula 23 Januari depan.