Connect with:




Kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Akhyar Rashid masih belum mempunyai jalan penyelesaian biarpun Akhyar sudah menjalani sesi latihan bersama kelab barunya iaitu Johor Darul Takzim (JDT).

Dalam pada itu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)  bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Khamis ini (10 Januari) bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan Liga Malaysia 2019.

MFL juga akan menerangkan perkara berhubung pengurusan liga termasuk perancangan operasi yang sudah dijelaskan pada perjumpaan bersama setiap pasukan sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata pihaknya mahu membantu KFA memahami apa yang terkandung dalam udang-undang dan perjanjian yang sedia ada dalam Liga-M.

Jelasnya lagi, MFL telah menjemput semua rakan kongsi liga terdiri daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan 24 buah pasukan yang bertanding untuk membincangkan berkenaan isu ejen pemain, kontrak pemain, perlembagaan MFL, jadual pertandingan dan hal lain berkaitan liga pada 3 Januari lalu.

Walaubagaimanapun, pihak KFA tidak hadir pada saat akhir perjumpaan berkenaan.

Menerusi kenyataaan MFL, mereka berharap perbincangan bersama KFA menjadi kenyataan dan dapat mencapai persefahaman bagi melancarkan perjalanan liga musim 2019 yang akan bermula tidak lama lagi.

Foto: Football Tribe