Connect with:




 

Biarpun telah diberikan peluang naik dalam Liga Perdana, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) seakan tidak menggunakan kelebihan yang diberikan ke atas mereka. Rata-rata peminat bola sepak sudah tahu mengenai kemelut gaji berpanjangan yang terpalit dalam persatuan berkenaan.

Lebih membimbangkan, masalah kewangan masih berlarutan pada musim ini meskipun rombakan dalam persatuan telah dilakukan sekaligus memaksa badan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah lebih tegas dengan mengarahkan PFA mengemukakan dokumen kedudukan kewangan pertengahan Februari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata perkara berkenaan disahkan selepas dia mengadakan pertemuan Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie di Kuala Lumpur pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan dan permasalahan yang melanda persatuan itu.

Isu Gaji Yang Berlarutan dalam PFA sehingga ke musim ini memaksa MFL Ambil Langkah Drastik.

“Kita telah mengadakan pertemuan bersama PFA dan menegaskan kepada mereka bahawa 15 Februari ini adalah tarikh di mana kita sebagai skretariat akan mengemukakan laporan kepadaAhli Lembaga Pengarah MFL bagi keadaan semasa PFA untuk tindakan susulan.

“Jadi kita bukan sahaja berdepan isu membabitkan PFA tetapi semua pasukan yang mengalami masalah di dalam proses pendaftaran mereka yang berkait dengan kelewatan dengan bayaran-bayaran sepatutnya.

“Untuk makluman, kita sentiasa berhubung dengan kesemua pasukan, mengikuti perkembangan dan cuba memahami isu-isu dihadapi satu pasukan yang dikendali pengurusan baharu dalam Liga Malaysia,” katanya.

Sementara itu,  Kevin juga memberitahu PFA bersedia menggalas tanggungjawab dan amanh yang diberi untuk menyelesaikan krisis kewangan yang semakin meruncing  yang dihadapi Singa Utara itu.

Terdahulu, PFA telah mengesahkan empat penaja utama mereka menarik diri daripada menaja skuad Singa Utara akibat isu kewangan yang melanda persatuan tersebut sekali gus ianya memberi tamparan hebat buat pasukan itu yang ingin mempersiapkan diri bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Perlis juga tewas 1-2 kepada UKM FC dalam aksi pembukaan Liga Premier 1-2 pada Sabtu lalu.

Foto: Mstar