Lionel Messi, bintang bola sepak Barcelona bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Antonella Roccuzzo, yang juga ibu kepada dua orang anaknya, pada 30 Jun ini.

“Perkahwinan mereka bakal berlangsung di Rosario, Argentina pada 30 Jun ini,”kata agensi komunikasi peribadi Messi, 6Pointer.

Dijangka hadir pada majlis tersebut hampir seluruh pasukannya termasuklah sahabat karibnya, Luis Suarez dan bersama isteriya, Sofia Balbi.

Messi bakal berusia 30 tahun pada 24 Jun ini dan Roccuzzo, 29, yang dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Thiago, 4 dan Mateo, 2.

Messi menjemput kesemua pemain Barcalona dan skuad bawah 20 tahun untuk menghadiri majlis perkahwinannya.

Bagaimanapun, tidak semua orang dijemput menghadirinya, ahli lembaga kelab tersebut merupakan antara yang tidak mendapat jemputan ke majlis berkenaan.