Lionel Messi berjanji akan berjuang untuk Argentina bagi kempen kelayakan Piala Dunia, selepas melihat pasukan itu bergelut dalam misi yang baru iaitu memburu slot ke Russia, tahun depan.

Argentina merupakan juara Piala Dunia sebanyak dua kali berturut-turut, tetapi menghadapai msedikit kesukaran apabila berada di tangga kelima dalam Zon Amerika Selatan.

Empat pasukan teratas sahaja yang layak secara automatik ke pusingan seterusnya.

“ Ayuh berjuang demi mencapai impian yang diidamkan,” kata Messi menerusi akaun Facebook miliknya.

Argentina kini berada dalam keadaan yang genting kerana tidak mahu terlepas peluang akhir untuk ke Piala Dunia .

Sejak 1970 Argentina tidak pernah ketinggalan menempatkan diri mereka di dalam perlawanan berprestij tinggi ini.

Brazil sudah menjadi pasukn pertama yang layak ke Piala Dunia.

Argentina kini hanya dipisahkan satu mata berbanding Chile di tempat keempat ketika saingan masih legi berbaki empat perlawanan.

Skuad kendalian Jorge Sampaoli akan mengharungi aksi Playoff menentang juara Oceania sekiranya kedudukan itu masih kekal.

Ogos ini Argentina bakal bertemu Uruguay, diikuti menentang Venezuela, Peru dan Ecuador.

Tanpa messi Argentina hanya memenangi sekali sahaja dalam lapan perlawanaan kelayakan, tetapi dengan adanya bintang Barcelona itu, mereka telah memenangi lima perlawanan.- AFP