Connect with:




Susulan kekalahan memalukan Argentina 0-3 di tangan Croatia, ramai yang beranggapan Lionel Messi mungkin sekali lagi akan ‘menggantung but’ termasuk bekas rakan sepasukannya, Pablo Zabaleta.

Anak buah Jorge Sampaoli yang mempamerkan aksi hambar menyaksikan Argentina kini ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’ menjadi punca tepat untuk Messi bersara.

Dalam pada itu, Sampaoli yang kecewa telah memohon maaf kepada penyokong Argentina yang dimalukan Croatia sekali gus impian Argentina termasuk bintang Dunia, Lionel Messi di ambang bahaya.

Pada dua tahun lalu, Messi pernah mengumumkan persaraannya sebelum menarik semula apabila dia kembali beraksi semula nersama pasukannya.

Namun bagi Piala Dunia ini, masa depan bersama skuad kebangsaan selepas ini Nampak samar selepas Messi dimalukan.

“Ini mungkin peluang terakhirnya untuk memenangi sesuatu bersama Argentina. Saya sangat kasihan dengan Lionel Messi.

“Dia sungguh kecewa selepas kekalahan itu. Jadi, saya tidak akan terkejut sekiranyan Messi bersara daripada penampilan antarabangsa selepas ini.

“Dia perlu menunggu empat tahun lagi untuk aksi Piala Duni yang seterusnya di Qatar.”

Foto Kredit: FB AFA-Seleccion Argentina