Mercedes telah mengambil keputusan menangguh dahulu untuk guna enjin kereta baru dalam perlumbaan Formula One Grand Prix minggu ini di Canada dan akan digunakan ketika perlumbaan di Hungary kelak.

Mereka menangguh seketika penggunaan enjin baru ini kerana mendapati ada beberapa isu mengenai enjin tersebut dan ia agak risiko jika mereka menggunakannya dalam perlumbaan minggu ini.

Selain Mercedes, difahamkan ada beberapa lagi pasukan akan menaik taraf enjin kereta untuk memastikan mereka terus memberi saingan dalam perlumbaan Formula One.

Pemandu Mercedes yang juga juara dunia empat kali, Lewis Hamilton sedang mendahului kedudukan dengan pungutan 110 mata sambil diekori rapat pelumba dari Ferrari, Sebastian Vettel.

Mercedes juga sedang mendahului untuk bahagian pengeluar dengan jumlan mata terkumpul setakat ini, 178 mata hanya di pisahkan 22 mata dengan Ferrari di kedudukan kedua.

Foto Kredit : Formula1(dot)com