Connect with:




Pasukan Formula One (F1) Mercedes menubuhkan pasukan esports yang menyaksikan juara British, Brendon Leigh sebagai pemain mereka yang akan belumba dalam kejohanan dunia maya itu.

Leigh yang menewaskan Fabrizio Donoso Delgado dan Sven Zurner dalam perlawanan kontroversi akhir tahun lalu, sekali lagi bakal mempertahankan kejuaraannya yang mewakili pasukan esports Mercedes-AMG Petronas.

“Tekanan agak besar untuk mempertahankan kejohanan ini,” kata Leigh kepada Autosport awal tahun ini.

” Pertama kali saya menetapkan sasaran yang tinggi untuk mara ke final dan tekanan itu semakin memuncak.”

Pemain berusia 19 tahun itu akan disertai rakan senegaranya iaitu pemenang ‘McLaren World’s Fastest Gamer’ tahun lepas iaitu Harry Jacks, juara empat kali Liga Poland  Patryk Krutyj (Poland) dan juga Dani Bereznay (Hungary) yang dipilih menerusi Draf Profesional E-Sports F1 2018..

Sementara itu, pasukan berkenaan akan berpusat di Brackley bersama pasukan F1 sebenar.

Mengulas lanjut, Mercedes memberitahu mereka akan membangunkan pusat latihan eSports yang dibina khas disamping menyediakan pasukan dengan kemudahan dan peralatan terkini untuk mengasah kemahiran mereka.

Pembinaan pusat latihan yang dibina di bangunan turut menempatkan simulator bagi pelumba F1 itu dijangka akan dimulakan dalam masa beberapa minggu lalu.

“Program ini memberi fokus kepada prestasi pemain dan membenarkan ahli pasukan esports ke Pusat Prestasi yang meliputi aspek penting seperti pemakanan, keadaan fizikal dan kesihatan mereka.” Ujar Mercedes.

Siri esports F1 2018 yang menggunakan permainan rasmi F1 bakal berlangsung pada Oktober dan November melibatkan semua pasukan F1 kecuali Ferrari.

Hadiah yang bakal diterima sekurang-kurang AS$200,000 (RM814,000) membabitkan tiga acara secara langsung sekaligus turut merangkul kejuaraan dunia maya.

Barisan F1 eSports 2018 setakat ini

  • Mercedes AMG Petronas Motorsport
    -Brendon Leigh, Harry Jacks, Patryk Krutyi, Daniel Bereznay
  • ESports Red Bull Racing

–  Joni Tormala, Graham Carroll

  • Pasukan Tenaga Renault

– Sven Zurner, Kimmy Larsson, James Doherty

  • Haas F1

– Martin Stefanko, Michal Smidl Hype Energy

  • eForce India

– Fabrizio Donoso Delgado, Mads Sorensen, Marcel Kiefer

  • McLaren Shadow

– Olli Pahkala

  • Toro Rosso

– Cem Bolukbasi, Patrick Holzmann Sauber Salih Saltunc, Allert van der Wal, Sonuc Saltunc

  • Williams eSports

– Tino Naukkarinen

Foto Kredit: Autosport