Connect with:




Kekurangan fizikal pemangkin semangat untuk berjaya! Itulah yang diterapkan oleh seorang siswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), Azrulkhan Hasrullah atau lebih mesra disapa Adam yang berjaya mencipta kejayaan manis apabila sampai ke Kem Induk Everest pada May lepas.

Lebih membanggakan, pendaki kudung kedua-dua kaki ini menjadi rakyat Malaysia pertama yang mendaki dengan cara mengengsot ke kem induk gunung tertinggi di dunia. Kami dari Dunia Sukan sempat menemuramah resepi kejayaan beliau sehingga mampu menghabiskan misi yang seumpamanya di dunia dengan jayanya.

Anak kelahiran  Kuching Sarawak ini sememangnya minat dengan sukan pendakian. Sebelum ini, beliau pernah berusaha mendaki gunung yang tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu. Walaupun mendaki secara merangkak, Adam mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk sampai ke kemuncak.

Malangnya, percubaan itu gagal disempurnakan Adam pada Januari 2016 kerana kurangnya persediaan yang rapi. Azamnya yang tidak pernah luntur itu memaksa beliau sekali lagi mendaki ke gunung yang sama pada Oktober 2016. Kali ini, beliau yang mendaki bersama empat peserta yang lain akhirnya berjaya sampai ke puncak tertinggi Kinabali iaitu 4095.2M.

Lebih manis, kejayaan Adam diabadikan dalam Malaysia Book Of Records sebagai ‘Individu Pertama Merangkak Ke Puncak Gunung Kinabalu 4095.2M’

“Saya berkecimpung dalam aktiviti sukan daki ini atas minat saya sendiri. Dari sini, saya tekad untuk mendaki Gunung Everest, dan akhirnya saya berjaya sampai ke sana,” katanya.

__________________________________________

Baca artikel penuh di e-majalah Dunia Sukan secara percuma. Hanya perlu muat turun applikasi DUNIA SUKAN di peranti pintar anda dan jadi ahli komuniti DS tanpa sebarang bayaran! Selain dapat membaca e-majalah, anda juga boleh menggunakan baucar istimewa dari rakan-rakan strategi kami serta berpeluang memenangi hadiah menarik setiap bulan.

Bagi pengguna android, muat turun applikasi DUNIA SUKAN di sini. 

Bagi pengguna Iphone, muat turun applikasi DUNIA SUKAN di sini.