Tessa Jowell, menteri yang memainkan peranan utama dalam penganjuran Olimpik yang berlangsung di London pada 2012, telah meninggal dunia selepas bertarung melawan penyakit kanser otak, Sabtu lepas.

Dia yang menjadi menteri Olimpik yang berdedikasi di United Kingdom dengan membawa sukan berprestij itu ke peringkat dunia sekaligus membuahkan hasil.

Menurut keluarganya, Jowell, 70, menghadapi tumor otak pada Mei tahun lalu, tetapi dia sekali lagi mengalami pendarahan pada hari Jumaat, dan berada dalam keadaan koma seterusnya menyebabkan kematian pada Sabtu.

Bekas perdana menteri, Tony Blair turut menyatakan kesedihannya atas menteri Olimpik itu.

“Dia merupakan seorang yang sangat bijak. Bukan sahaja dia sentiasa menyokong rakan sekerja, malah dia juga merupakan rakan yang sangat baik”.

“Apa yang dia capai adalah  yang sangat luar biasa,” katanya mengenai kerjaya beliau dalam kerajaan.

“Dia telah membawa Sukan Olimpik dan Paralimpik 2012 ke London, dan memastikan kejayaan mereka tercapai.”

Pengerusi Olimpik London Sebastian Coe juga berkata: “Sudah cukup, tanpa Tessa, Sukan Olimpik London 2012 tidak akan diadakan dan tanpa Tessa mereka tidak akan mencapai apa yang mereka telah ada sekarang.”

“Tiada ahli politik yang layak mendapat kredit lebih besar  daripadanya dalam industri Sukan.”

Foto Kredit: BBC(dot)com