Bagi para peserta Standart Chartered KL Maraton (SCKLM) 2017, pasti ada sasaran peribadi buat mereka sebelum memulakan larian paling ditunggu-tunggu di Malaysia ini.

Ada yang pertama kali menyertainya. Ada juga yang sudah berlari berulang kali dalam acara ini. Bagi yang baharu menyertai, sasaran pasti mahu menamatkan larian dengan catatan yang baik. Bagi yang berpengalaman, mereka pasti mahu memperbaiki catatan berbanding larian-larian sebelum ini.

Banyak tips yang boleh diambil menerusi perkongsian di internet selain beberapa individu-individu berpengalaman dalam acara ini. Salah seorang daripadanya sudah tentu Edan Syah – pelari maraton terpantas Malaysia tahun lalu.

Edan kini dalam persiapan menjelang Sukan SEA pada Ogos nanti. Namun begitu, dia mengikuti rapat perkembangan SCKLM apatah lagi menjadi duta untuk Lucozade Sport – minuman tenaga rasmi SCKLM 2017.

Satu perkara yang sangat ditekankan oleh Edan andai mahu menamatkan larian dengan catatan yang baik adalah memastikan diri sentiasa berhidrasi.

“Ramai yang meamndang ringan perkara ini. Badan anda memerlukan cecair untuk berfungsi. Jangan tunggu sehingga dahaga baru anda mahu ambil minuman.

“Seeloknya, konsisten mengambil minuman dalam setiap 3km walaupun anda tidak dahaga. Bila otot sudah ‘cramp’, anda sudah terlambat” jelas Edan.

Dalam larian kali ini, para peserta akan disediakan air minuman Lucozade Sport – jenama minuman isotonik nombor 1 di United Kingdom. Menariknya, mereka menawarkan dua varian iaitu versi bekarbonat dan versi tidak berkarbonat.

Lucozade Sport malah akan mempunyai DON’T STOP ZONE di Jalan Parlimen bagi memberikan semangat kepada peserta dengan cara mereka tersendiri. 

Kepada semua peserta SCKLM 2017 tidak kira berapa jarak larian anda sekalipun, Dunia Sukan mengucapkan selamat berjaya.