Connect with:




Amerika Syarikat (USA) sekali lagi mara ke final Piala Dunia Wanita di Perancis, pagi tadi selepas berjaya menundukkan England 2-1 dalam aksi separuh akhir.

Christian Press yang menggantikan ketua pasukan, Megan Repinoe dalam kesebelasan utama menjaringkan gol pertama untuk USA pada minit ke-10 sebelum Ellen White menyamakan kedudukan buat England sebelas minit kemudian.

Alex Morgan kemudiannya menjaringakn gol kedua USA pada minit 31. England berpeluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada babak kedua namun percubaan Steph Houghton diselamatkan peniaga gol USA, Alyssa Naeher.

Kemenangan ini telah disambut gembira penyokong USA namun buat penyokong England, ia satu kekalahan yang perit.

Menambah duka mereka pastinya tindakan Morgan menjaringkan gol dengan gaya meminum teh yang telah membuatkan mereka berang.

Antara yang menyuarakan kemarahan adalah bekas pemain England, Lianne Anderson.

Teh merupakan minuman yang berkait rapat dengan sejarah empayar British.

Apa yang dilakukan Morgan juga dikatakan merujuk kepada peristiwa Boston Tea Party dimana pada 1773, penduduk Amerika menentang polisi British sebagai penjajah ketika itu yang memperkenalkan Akta Teh, seterusnya menjadi salah satu faktor berlakunya Perang Revolusi Amerika.

USA akan bertemu dengan pemenang antara Sweden dengan Belanda dalam aksi final yang dijadualkan berlangsung, Ahad ini.