Connect with:




Sejak pertama kali Sukan Olimpik diperkenalkan pada tahun 1896, Malaysia belum pernah meraih pingat emas dalam sukan terbesar dunia itu. Malaysia buat pertama kalinya menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 dan selepas itu Malaysia terus menyertainya kecuali Sukan Olimpik Moscow 1980 kerana Malaysia memboikot edisi tersebut sebagai protes pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan.

Pada edisi kali ini iaitu Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun, badminton dilihat sebagai sandaran utama dalam meraih pingat emas pertama negara. Jika rekod diambil kira, ia sangat realisitik buat kontinjen negara sebelum berangkat ke Tokyo.

Tetapi tidak dinafikan juga sukan yang pernah menghadiahkan pingat kepada negara seperti terjun dan lumba basikal serta sukan lainya yang mampu melakukan kejutan meraih emas pertama negara.

Tetapi jika dilihat dengan prestasi semasa skuad badminton negara, adakah kemampuan mereka untuk bersaing dan mencapai matlamat negara serta merealisasikan harapan jutaan rakyat Malaysia? Kita boleh lihat pencapaian semasa badminton negara ketika Terbuka Malaysia baru-baru ini, hanya regu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing sahaja yang melayakkan diri ke separuh ahkir sebelum tewas kepada pilihan kedua dari China Wang Yilyu dan Huang Dongping.

Manakala barisan pemain kita bermula perseorangan sehinggalah beregu hampir semua kecundang di peringkat awal. Perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki dan beregu wanita hanya sekadar di pusingan pertama dan kedua sehaja.

Dengan kegagalan itu, pemain perlu mempelajari di mana silapnya kerana masih ada masa untuk pemain negara kembali bangkit dan mampu mengembalikan kegemilangan arena sukan badminton negara seperti suatu ketika dahulu. Cara untuk membuktikannya dengan emas Olimpik di Tokyo di bawa pulang ke tanah air.

Negara matahari terbit itu tidak asing lagi buat pemain negara kita dengan pelbagai rekod yang pernah dikecapi sebelum ini. Ia bermula dengan jaguh badminton perseorang lelaki, Roslin Hashim bergelar juara Terbuka Jepun pada 2001 manakala Datuk Lee Chong Wei pula berjaya merangkul juara sebanyak 6 kali di negara itu.

Bukan setakat acara perseorangan sahaja, beregu lelaki juga pernah memenanginya melalui Razif Sidek dan Jalani Sidek pada 1986, Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock pada 1998 dan Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng pada 2002. Satu lagi kejuaraan di Jepun dalam acara beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pada 2012.

Tetapi tidak dinafikan kompetitif pertandingan antara Terbuka Jepun dengan Sukan Olimpik sangat berbeza. Sudah tentu persaingan untuk merebut pingat emas Olimpik lebih hebat dan lebih kuat cabarannya.

Mungkin dengan keazaman serta semangat para pemain kita mampu menyumbang sekurang-kurangnya satu sinaran emas Olimpik yang kita idam-idamkan selama ini. Semoga Lagu Negaraku berkumandang di negara matahari terbit itu.

Atlet pertama Malaysia Razif Sidek dan Jalani Sidek memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Barcelona 1992.
Foto: Sukan Olimpik

Sebagai rekod, sukan badminton negara telah berjaya menghadiahkan enam perak dan dua gangsa untuk Malaysia melalui perseorang lelaki dan beregu lelaki. Lebih manis pingat pertama Malaysia diraih melalui sukan badminton oleh beregu lelaki, Razif Sidek dan Jalani Sidek yang mendapat gangsa pada Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Kemudian regu lelaki, Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock menghadiahkan perak dan perseorangan lelaki, Rashid Sidek merangkul gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996. Manakala beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying serta beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong meraih perak di Sukan Olimpik Rio pada 2016.

Jaguh perseorangan lelaki, Lee Chong Wei pula berjaya meraih tiga perak Sukan Olimpik bermula di Beijing pada 2008, London 2012 dan Rio 2016. Ini membuktikan badminton masih relevan untuk diletakkan sebagai sandaran utama dalam meraih emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jaguh Badminton Perseorangan Lelaki, Datuk Lee Chong Wei

Ini hanyalah sekadar pendapat dan ia terserah kepada sesiapa yang menilai para pemain kita hari ini. Bagi merealisasikan harapan negara untuk meraih emas pertama, itu tidak mustahil tetapi semua pihak yang terlibat perlu memastikan atlet negara mengandakan sedikit usaha bagi mencapainya. Kita perlu menggunakan kesempatan Olimpik Tokyo ini sebagai titik permulaan emas untuk Malaysia.

Foto: Olimpik London 2012