Hari yang malang buat bintang MMA dunia, Connor McGregor. Sudah la tali pinggang kejuaraan dunia UFC Lightweight, kemudian beliau ditahan pula oleh polis New York (NYPD).

Semuanya ekoran dari aksi di luar kawalannya yang menyerang bas para peninju yang beraksi pada UFC223 hujung minggu ini.

McGregor yang kali terakhir beraksi dalam gelanggang UFC pada November 2016 menyerang bas dengan membaling kerusi dan penghadang besi bersama rakan-rakannya.

Ia dipercayai merupakan satu tindak balas McGregor terhadap peninju Rusia, Khabib Numagomedov yang menampar Artem Lobov sbaru-baru ini.

Selepas beberapa jam, McGregor akhirnya menyerah diri kepada polis untuk tujuan siasatan. Mcgregor dan Lobov juga diharamkan untuk memasuki bangunan Barclays Center – venue UFC223 oleh Presiden UFC, Dana White.

UFC 223 bakal menampilkan pertarungan merebut tali pinggang lightweight antara Khabib dengan Max Holloway serta pertarungan semula kejuaraan strawwight wanita, Rose Namajunas menentang Joanna Jędrzejczyk.

 

FOTO: MMA Mania