2013-01-29 16.23.43

 

Telekom Malaysia (TM) kembali membawakan program ‘Mencari Ramli’ ekoran kejayaan musim pertama lalu dimana para pemenangnya kini telah mula menempa nama dalam arena bolasepak tempatan.

Adam Nor Azlin dan Mohammad Arif Farhan adalah 2 pemenang edisi lepas yang kini sudah berlatih dibawah kendalian Ong Kim Swee dalam skuad Harimau Muda. Selain itu, salah seorang peserta iaitu Sean Gan Gianelli pula bermain di Atletico Arezzo; kelab liga Serie D di Itali.

Bagi Ketua Pemasaran TM, Dato’ Rozalila Abdul Rahman, pengajuran musim kedua yang turut diusahasamakan bersama FAM, MSN, Manchester United dan Frenz United Football Academy ini memberi peluang untuk remaja Malaysia membuktikan bakat bolasepak Malaysia disamping memenuhi impian mereka untuk menjadi bintang bolasepak dunia.

“Program Mencari Ramli musim kedua ini diyakini akan memberi peserta maanfaat dari segi kepakaran teknikal selepas mereka menjalani latihan selama 10 hari hasil bimbingan jurulatih berpengalaman.

“Secara tidak langsung, program ini menjadi medan untuk menggilap bakat-bakat terpendam dalam sukan bolasepak dan juga menjadi bukti TM serius dalam menjadikan Malaysia sebagai kuasa bolasepak di rantau ini” kata Rozalila.

Dato' Rozalila Abdul Rahman bergambar bersama tetamu jemputan yang mewakili rakan usahasama bagi program Mencari Ramli musim kedua ini.

Dato’ Rozalila Abdul Rahman bergambar bersama tetamu jemputan yang mewakili rakan usahasama bagi program Mencari Ramli musim kedua ini. KREDIT GAMBAR TEAM MALAYSIA.

 

30 remaja berusia 13 hingga 16 tahun yang terpilih dari 12 lokasi ujibakat seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan bersaing merebut hadiah menarik yang ditawarkan.

3 pemenang yang merangkumi 2 pemain cemerlang & seorang pemain bertuah akan mendapat peluang mengambil bahagian dalam sesi latihan intensif di Manchester United Soccer School (MUSS) disamping menyaksikan pasukan Manchester United beraksi di Old Trafford.

Disamping itu, pemenang juga berpeluang untuk menerima biasiswa bolasepak selama 3 tahun di Frenz United Football Academy.

Maklumat lanjut mengenai Mencari Ramli 2 boleh dilayari di www.tm.com/teammalaysia atau di Facebook Team Malaysia iaitu www.facebook.com/TeamMalaysia