Connect with:




Bersempena dengan International Champions Cup yang bakal berlangsung di Singapura pada 26 hingga 30 Julai ini, Dunia Sukan baru-baru ini telah mengadakan giveaway tiket perlawanan Atletico-Arsenal di laman facebook Dunia Sukan.

Sambutan yang diberikan cukup dahsyat. Jelas sekali ramai peminat Arsenal sudah mula bangkit dari kemurungan selepas mengalami zaman duka lara di bawah pengurus lagenda Arsene Wenger. Setiap minggu mereka dikecam, diejek dan dihina sehingga ada yang sanggup mengalihkan sokongan kepada Tottenham Hotspur yang kini diakui pasukan terbaik di London Utara (dan London).

Namun selepas The Gunners melantik Unai Emery sebagai pengurus baharu, penyokong Arsenal di seluruh dunia kini kembali ceria dan ia diterjermahkan dalam sesi giveaway kami baru-baru ini. Malang sekali kami tidak dapat menghadiahkan tiket kepada kesemua yang menyertainya. Hanya 3 orang sahaja dipilih.

Namun atas rasa tanggungjawab, kami telah memohon jasa baik penganjur untuk menambah kuota pemenang.

Dan penganjur bersetuju untuk meberikan 3 pasang tiket percuma bernilai RM429 setiap sekeping.

Cuma kali ini, pemenang tidak akan mendapat tiket perlawanan Atletico-Arsenal sebaliknya akan menyaksikan pertemuan Arsenal menentang gergasi Perancis, Paris St Germain pada Sabtu, 28 Julai 2018 di Stadium Nasional Singapura.

Untuk menyertai giveaway kali ini, caranya sangat mudah.

Pertama, daftar dahulu penyertaan anda di https://duniasukan.com/my-account/. Jika sudah mendaftar, teruskan ke langkah kedua.

Kedua, nyatakan mengapa anda mahu menyaksikan perlawanan Arsenal menentang PSG ini dengan jawapan paling menyenangkan hati kami sebagai juri. Hantarkan jawapan dalam ruangan komen di bawah.

Ya, hanya dua langkah dan anda berpeluang menyaksikan pertembungan juara liga Perancis menentang pasukan keenam terbaik England ini. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Julai 2018. Kami akan pilih 3 pemenang bertuah untuk peraduan kali ini.

Perlu diingatkan, hanya tiket perlawanan sahaja yang akan diberikan. Kos pengangkutan dan penginapan adalah di bawah tanggungan pemenang. Selamat mencuba.

#DSGiveaway
#InternationalChampionsCup
#AtleticovsArsenal

SHARE ON